Laman Utama
SELAMAT DATANG KE PORTAL SMK CLIFFORD KUALA LIPIS PAHANG
Ditulis oleh Web Master   
Thursday, 14 December 2006
image

Sinonim kepada Ke arah Kearifan.Ungkapan ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis semenjak ditubuhkan pada tahun 1913.

Berteraskan kepada wawasan sekolah yang ingin muncul sebagai sebuah institusi pendidikan terulung bukan sahaja di peringkat daerah dan negeri bahkan diperingkat negara.

Sekolah ini telah melahirkan “EX-CLIFFORDIAN” yang berjaya dalam pelbagai lapangan di seluruh negara.

Kejayaan masa lalu dan masa kini telah mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengistiharkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah premier di negara ini pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Komitmen padu antara pentadbir,guru,kakitangan sokongan,ibu bapa dan pelajar telah menjadikan sekolah ini sebagai model khas dikalangan sekolah-sekolah di negara ini.Pendokong sekolah mempunyai keyakinnan yang tinggi bahawa sekolah ini akan mencapai tahap kecemerlangan yang terulung dalam pelbagai bidang pada suatu masa nanti bersesuaian dengan semangat yang didokong iaituAD-SAPIENTIAM(Ke arah kearifan dalam bahasa greek).
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 May 2007 )